Tuesday 29 November 2011

Tak Sabarnya Tunggu OMBAK RINDU


Assalamualaikum..jawab dulu salam aku tu yer.. heee.. ;)
Seperti tajuk diatas.. Aku pasti ramai yang teruja menanti FILEM OMBAK RINDU keluar kan.. Aku jugak tak ketinggalan.. Aku rasa tak sabar wei.. siap mengingatkan Incik Pemanis Hati lagi. supaya kosongkn jadual hari sabtu nie.. Nak nengok citer nie.. Wajib oo..


Dulu aku baca novel nie masa zaman sekolah - sekolah dulu.. Zaman pinjam meminjam.. Almaklum lah.. student.. nak beli tak mampu kan.. hehe.. Ok.. aku nak bg Sinopsis dan gambar para pelakonnya sekali k..

Filem Ombak Rindu hasil karya novelis Fauziah Ashaari, Izzah, gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha cukup tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bala dalam keluarga mereka.

Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak ayah saudaranya walaupun hatinya meronta.

Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz sanggup 'membeli' Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu.

Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.

Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, model dan pelakon terkenal akhirnya menggugat kebahagiaan Izzah dan Hariz. Apakah mereka bermadu?

Filem arahan Osman Ali ini menampilkan pelakon kacak Aaron Aziz sebagai Hariz manakala, Lisa Surihani (Mila). Turut berlakon Maya Karin dan Umie Aida.


          





☞ Korang dah booked tiket ke tok citer nie.. 
☞Aku dengar macam tiket da abis dah.
☞ tak sabar nak tengok citer nie.. 
☞Korang lak macam mana.
☞Kredit gambar beautifulnara

Nah aku sajikan gambar aaron sbg hariz..

Sampai disini sahaja coretan ku.. happy reading <3

1 orang bertuah nak mengomen:

rainborabb said...

Harrah's Cherokee Casino & Hotel - Mapyro
Information, maps, and reviews 나주 출장안마 of Harrah's 김천 출장마사지 Cherokee Casino & Hotel 부산광역 출장마사지 in Cherokee, NC. Rating: 4 · 남양주 출장안마 ‎1,731 reviews 서귀포 출장안마