Showing posts with label jiwang. Show all posts
Showing posts with label jiwang. Show all posts

Sunday, 25 December 2011

Semoga dak kinah cepat sembuh yer..

Assalamualaikum..jawab dulu salam aku tu yer.. heee.. ;)
Dulu dia senyum je. sekarang?
Dia demam.. Sian dia..
Hai korang.. buat apa tu? Mesti tengah merindui aku kan.. hehe.. maaf yer.. aku agak SIBUK sejak akhirnie dengan menjadi BIBIK dekat rumah nie. Setelah aku menganggur selama sebulan, akhirnya aku mendapat kerja yang lebih baik insya-allah k. Isnin nie insya-allah aku akan start tempat keje baru.. harap- harap semua nya akan berjalan dengan lancar di petronas :)


Hm.. ok la.. aku nak cerita kat korang citer sedih nie.. Pasal adik aku ARISSA SAKINAH or DAK KINAH. Nak tau citer pasal die tak? Huaa! sedihnya nak cakap.. selama 3 minggu jugak la aku menjaga dak kinah nie kat rumah .. ye la.. mengelakkan kebosanan dirumah.. 


Tapi sejak hari khamis yang lalu, dia telah menunjukkan tanda - tanda demam.. Lepas tu, makin lama makin panas. aku risau la.. Bila malam - malam lak, kol 2 pagi bangun nangis -nangis.. sedey aku tengok dia.. rasa nak mara.. tapi x samapi hati.. cewahh..


   meh nengok gambar- gambar dia bila aku bubuh kan kain basah atas kepala.
Nie dia nak buang kain.

alo.. ciannya.. masamnya muka adik akak..
Tepek COOL FEVER lak..
Sila abaikan kaki tu.. ahha. mak aku la nie..
Nota Kaki:
1. dak kinah nie bukan anak aku yer.. Dia ADIK aku.. hehe..   
2. semoga dak kinah cepat semb uh ye sayang.. nanti akak bawak g jalan2 lagi yer.. Doakan DIA cepat sembuh yer.. AMIN... hehe..  Sayang Adik.! 
Sembuh sihat macam nie yer.. sayang adik.! kakak sayang adik ok.. :)
Sampai disini sahaja coretan ku.. happy reading <3

Sunday, 18 December 2011

Dena Bahrin - Bercinta sebelom kahwin, So sweet.. wujud lagi jejaka romantik macam tu kan?


Assalamualaikum..jawab dulu salam aku tu yer.. heee.. ;)
Selamat pagi.. Pagi pagi lagi timeline aku penuh dengan cerita DENA BAHRIN. Siapa dia tu??? kenapa dia famous sangat.. Timeline aku penoh dengan video romantik future husband dia. only one word aku boleh describe kan.
=
=
=
=
=
ROMANTIK


 Ok korang dah tengok video nie kan.. Sangat sangat sangat sangat (berapa kali sangat da)
sangat sweet kan.. tak tau nak cakap apa lagi mengambarkan perasaan aku nie ha. Rasa dia wanita yang bertuah sebab mendapat lelaki macam tu. 


Wujud lagi yeh perkahwinan yang diatur keluarga. Ingat kan dalam NOVEL je.. ok nie semua pengaruh novel. hahaha.. Tapi aku sangat suka la dengan video FUTURE HUSBAND die nie. cara dia propose, effort dia utk memnangi hati si gadis,  semua la.. semuanya membuatkan para gadis di luar sana tersenyum sampai ke telinga dan berharap bf mereka akan buat mcm tu jgk kat mereka.. haha(*_*)


#berharap FUTURE HUSBAND aku buat mcm tu jugak. boleh?
(ok aku tau aku perasan)


Untuk  DENA BAHRIN  pesanan aku..
Congratz dear, semoga menjadi wanita solehah dan tak lama lagi akan menjadi isteri solehah. semoga bahagia selalu dan harap membuat pilihan yang tepat :)
Nie la org yang bertuah tu :)
#ok selamat menonton video romantik dan bertacink.

Sampai disini sahaja coretan ku.. happy reading <3

Thursday, 15 December 2011

Sinopsis Drama Akasia "GEMERSIK KALBU"



Hello u alls.. lama kan aku tak hupdate.. dekat seminggu jugak la kan... Maaf la, sebab aku sekarang mengalami virus KEMALASAN untuk update,. bajet aku fames, ada orang nak baca jer.. hahaha..PERASAN! Aku sekarang nagh menunggu masuk keje baru je.. aka TEMPAT KEJE BARU. tempatnya masih dirahsiakan.. nanti aku buat entry k.. haha.. sayang korunk.. mmmuuxxsss..

Ok aku nak buat entry pasal cerita baru yang akn ditayangkan kat TV3 SLOT AKASIA menggantikan DRAMA TENTANG DHIA . Korang tengok tak citer TENTANG DHIA. best kan.. jahat owh mak dia.. Ku Salmi!! urghhh!! teremo lak aku!

PERHATIAN!! AKU BUAT DUA SINOPSIS K.. SATU IKOT BUKU, SATU LAGI SINOPSIS YANG DAH DIBACA DAN DIRINGKAS KAN.

SINOPSIS GEMERSIK KALBU 1 (mengikut sinopsis buku)

Raihana… pertama kali kutatap wajahmu, ada getar yang menusuk di kalbu. Saat itu, hanya suaramu yang bisa melunakkan mimpiku. Meskipun tawamu nampak bahagia, mengapa bening mata itu bersalut duka? Andainya kau pernah terluka, izinkan aku mengubatinya. Namun, jawapanmu sering menyongsang makna. Tinggal harapanku tergapai-gapai, kau biarkan begitu sahaja .

Puas kukikis namamu. Lelah jasadku dek tipu helahmu. Berkali-kali kuulang; aku lelaki yang tak tahu malu. Sayangnya… bayangmu jua yang hadir mengocak tenangku. Belajarlah menerima hakikat, aku adalah kenyataan dan dia adalah kenangan! Sekali lagi kutunggu lafaz cintamu kerana aku bukan lelaki yang tewas!
Sufian… cinta bukan paksaan. Cinta juga bukan simpati. Ikrar kasih kami dulu ibarat tugu di hati ini. Janji setia itu tak mungkin diingkari hanya kerana kamu. Mengertilah… semuanya bukan kemahuan fikiran. Impian dan ingatan terhadapnya sukar diusir pergi. Biarpun bayang duka merantai hidup ini, tapi aku tetap rela.
Bukankah sudah berkali-kali kubilang, belajarlah jadi lelaki yang waras. Sekelumitpun tiada namamu di ruang hati ini. Tapi godaanmu mengekoriku walau di mana. Kau terus memburu, sedangkan dalam mimpi pun aku tak inginkan wajahmu. Biar didera ataupun dipaksa, namun hatiku tidak serapuh salju!
Akhirnya, Raihana begini dan Sufian begitu. Di manakah titik pertemuan mereka?
Pelakon Drama Bersiri Gemersik Kalbu terdiri dari Ayu Raudah , Aqasha , Neelofa , Faradhiya dan diarahkan oleh Feroz Kader.

SINOPSIS GEMERSIK KALBU 2 (mengikut sendiri dan diringkaskan)

Kisah Cikgu Raihana yang bercinta dan bertunang dengan Wan Ariffin. Wan mati lemas kerana menyelamatkan seorang budak. Cikgu Raihana pulak kehilangan seseorang yang sangat rapat dengannya, dia bergantung kasih dengan Wan Ariffin selama ini, dan keluarga Wan sangat baik dan menganggap Raihana macam anak kandung mereka.
Raihana tidak rapat sangat dengan ibu kandungnya sendiri, malah hubungan dia dan ibunya sangat kekok.Raihana melanjutkan pelajaran secara sambilan dengan rakan baiknya Kak Shikin, mereka menumpang tinggal di rumah Aunty Zarina, di situlah dia kenal pula dengan Sufian.

Awal perkenalan, Raihana tidak berapa suka dengan penampilan dan tingkah laku Sufian. Tetapi Sufian sudah jatuh hati pada Raihana. Raihana masih lagi tak dapat melupakan cinta pertamanya iaitu Wan Arifin. Raihana yang tak suka kepada Sufian bertekad nak pindah rumah kerana benci kepada Sufian. Sufian mula memasang perangkap supaya Raihana dapat dikahwininya.
Akhirnya Raihana dan Sufian berkahwinlah juga..sepanjang menjadi isteri kepada Sufian, dia melihat kebaikan dan keikhlasan Sufian sebagai suaminya. Mungkin timbul rasa kasih sayang kepada Sufian dan Raihana terpaksa jugak menjaga Sufian di hospital ketika Sufian sakit.
Setelah Sufian sihat, Raihana kena pula jaga ibu kandungnya yang jatuh sakit pulak walaupun ibunya melayan dia dengan kasar. Raihana cuba merapatkan hubungan renggang selama ini dengan ibunya.
Sufian sedar Raihana masih lagi teringatkan cinta pertamanya, mampukah Sufian mengalihkan kembali cinta Raihana kepadanya, Sufian cuba menduga cinta dan kasih sayang Raihana.
MASIH ADAKAH CINTA BUATKU-TAGLINE

Nota tangan:
☞ Korang semua jagan lepaskan peluang k tengok citer nie kat TV3
☞ Tapi aku rasa citer nie x leh calen NORA ELENA.. Betol ker? sebab x der hero pujaan malaya AARON AZIZ.
☞ MAYBE CITER NIE START 3 DISEMBER KOT..
kredit gambar pak google dan bloger2 yer.. mekacih

Sampai disini sahaja coretan ku.. happy reading <3




_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

Monday, 5 December 2011

Review .:: FILEM OMBAK RINDU ::.

Assalamualaikum..jawab dulu salam aku tu yer.. heee.. ;)


Gambar tiada kena mengena ngan tajuk.
Hai korang!!!!! Apa khabar?? Baik ke x?? Sihat x?? Apa korang buat hujung minggu lepas yeh? Mesti sumer pegi layan FILEM OMBAK RINDU kan. Sekarang nie deman Ombak Rindu melanda wei.. Timeline Facebook aku ngan Twitter aku penuh dengan percakapan #OMBAKRINDU.Eh!!! Dengar citer sekarang nie Filem Ombak Rindu dah MELETOP! DAH JADI fIlem NO1 mengalah kan Twilight! yeah! tu yang aku suka.. Maju kan la Filem Malaysia..!!

Erm.. Sape dah tengok citer nie lebih dari sekali! angkat tangan cepat!(mana aku nak nampak!) Secara sahnya Malaysia kini dilanda Demam Ombak Rindu. Suara orang ramai berkata filem nie sememangnya Filem yang dinantikandan pawagam sentiasa penuh sehingga ke hari ini. Nasib baik la aku dah book tiket awal2 kan.. klo tidak.. memang tak dapat la aku layan citer nie kan. ye dakkkk!! (*_*)


Pada pendapat aku la citer nie BEST sgt100xx! Watak Izzah dan Haris sangat menjadi dalam citer nie sebagai Suami dan Isteri,walaupon aku dengar ada orang cakap yang Maya karin bawak watak nie x menjadi.

Pada pendapat aku la kan, cerita nie sesuai ditengok oleh orang DEWASA sebab citer nie  ada adegen ranjang (yg x patot ada)  antara izzah dan haris. Aku tengok citer nie ngan adik aku, aku lak jadi segan ngan dorang bila ada watak tu. hahaha!! one more thing, watak mila lakonan LISA best kan.. sangat menjadi.. aku suka! haha.. lawak pon ada!


Ok la..!! STOP STOP and STOP!!! citer pasal diri aku lak! hari tu aku g sana bersama adik - adiku yang tersayang dan incik pemanis hati. Tiket wayang pukul 11.20 pagi ok. Pagi pagi aku dah bersiap. (punya la semangat minah nie!) . Sampai - sampai teros g  kat kaunter tebos tiket. Then beli tiket tok abg aku.. Dia nak g tengok ngan awek dia la tuh.. huh! ~


Masa tengah tunggu wayang open!
Lepas abis tengok wayang tu jalan - jalan kejap dalam Wangsa Walk tu, then Adib ajak g KL FESTIVEL CITY lak. yeaay!! bestnya.. sayang awk! (ops! terlebey sudah). Sampai sane perot pon dah berbunyi mintak diisi, dan we all decide makan dekat THE CHICKEN RICE SHOP( bukan sekadar nasi ayam). sila baca dengan bernyanyi yer.




Dua ekor budak ngada2!
Lepas makan tu, pe lagi jalan - jalan la.. Then si adib nie nak beli baju lak. kat kedai apatah dia masuk.. Mak oi!! pilih baju mengalahkan perempuan! hahah(sory adib, terkutuk plak!)(T_T) Pilih baju nie, pastu jumpa baju baru belek2 lagi.. dekat sejam jugak la dalam tu.. Last - last aku dah penat ajak balik. Then dia kata nak belanja TUTTI FRUTY. sebenarnya nak amik hati la tu! hahha..
budak budak yang suka bergambar
Nie budak - budak tu punyer
ee.. adib buat muka kiut lak..!
Nie aku ngan adib punyer. sharing is caring!



eh! ada satu dialog yang suka dalam citer ombak rindu nie!

 "Cinta tak kejam, cuma manusia yang tak pandai menghargai cinta"
Izzah

"Abg rindu sayang sangat sangat"
Haris

"U know why? Becouse i love you! "
Mila

"Redha itu ikhlas, pasrah itu menyerah"
Izzah


Kesimpulannya:   
☞ Citer ombak rindu ini sangat best! aku x sabar nak tunggu keluar kat Astro FIRST!
☞Perbelanjaan satu hari ini ditanggung oleh ADIB (tenkiu syg!) 
☞ Aku dah benti kejer tau.. So gak susah untuk hapdate blog! HARAP MAKLUM.. 
☞Sape ada keje kosong. bantulah aku! hua!!
☞ok bye! aku tinggal kan korang ngn gambar x seberapa ini.




bye! Senyum kat korang
Sampai disini sahaja coretan ku.. happy reading <3

Monday, 28 November 2011

Im back!! Setelah 3 hari bercuti..


Assalamualaikum..jawab dulu salam aku tu yer.. heee.. ;)



yeahhh! i'm back.. Selepas bercuti selama TIGA(3) hari.. Ehem2.. ada orang Rindu anis x??


Eleh.. Kalau tak ramai pon.. mesti salah sorang akan rindu anis jugak kan.. hehe


Tapi kan.. Tapi kan.. sape rasa macam malas je nak g keje@study .. sbb mood cuti tu ada lagi kan.. oh no! damn! (ops sory.. terkasar bahasa).


kan best klo dapat buat macam nie.. Ok bye.. anis nak sambung tdo macam dalam gambar.. hahaha.

☞KORANG MASA CUTI TIGA(3) HARI NIE G MANA JER?

☞AKU ADA BANYAK NAK CITER NGAN KORANG.. TUNGGU YER.. SAYANG KORANG.. MMUUAXXS..

Sampai disini sahaja coretan ku.. happy reading <3

Wednesday, 2 November 2011

.::Wordless Wednesday ::.

shht... moood seyap ari nie...



mood: jiwang

"Berharap akan ada orang yang sudi menemani diri ini sehingga tua..."

Sampai disini sahaja coretan ku.. happy reading <3