Showing posts with label koleksi novel. Show all posts
Showing posts with label koleksi novel. Show all posts

Saturday, 31 December 2011

Sinopsis Drama Bicara Hati Astro PRIMA start on 3/1/2012


Assalamualaikum..jawab dulu salam aku tu yer.. heee.. ;)


Ok.. Macam biasa.. Kalau ada drama baru dekat Tv aku memang suka buat sinopsis pon.. Saje suka- suka. Dan semuanya aku ku cari keat encik GOOGLE.. mekasih yer encik google.. Ini semua untuk kemudahan aku dan untuk para pembaca sekalia.. macam la ada org baca kan?? ok nevermine!


So tajuk yang terpilih pada hari ini ialah drama Bicara Hati yang akan ditayangkan di Astro.  Drama komedi bersiri 26 episod ini diarahkan oleh Osman Ali, pengarah filem Ombak Rindu yang mendapat kutipan di tangga kedua BOX OFFICE dengan kutipan sebanyak 11.4 juta dengan filem Ombak Rindu. Bicara Hati membariskan pelakon-pelakon terhebat iaitu Cris Cempaka sebagai Zahlia, Sharnaaz Ahmad sebagai Tengku Shahran, Marsha Milan Londoh dan Mislina Mustafa.        

Senarai Pelakon Bicara Hati
Tengke Syahran – Sharnaaz Ahmad
Zahlia – Cristina Suzanne Stockstill (Kris Cempaka)
Razif -Josiah Hogan
Linda – Marsha Londoh
Fatimah – Abby Nazri
Adli – Lash Mokhtar
Tg Badariah – Azizah Mahzan
Bapak Tg Syah – Zaidi Omar
Raja Khalidah (mak Zahlia) – Zarina Zainuddin
Faizal – Dazrin
Tg Hakimie – Syahriman
Tg Murni (anak Kimie) – Aqish
Pn Azizah – Mislina


kiri: Tengku Zahlia                kanan: Tengku Syahran
SINOPSIS BICARA HATI


Dalam satu kemalangan kecil yang tidak disengajakan, Tengku Syahran dan Zahlia bertemu. Ketika itu, Tengku Syahran sedang buntu memikirkan cadangan emaknya ingin menjodohkan dia dengan Linda, seorang wanita yang tidak pernah dicintai.
Seminggu mengenali Zahlia, Tengku Syahran menyatakan hasratnya untuk memperisterikan Zahlia untuk mengelak dirinya dikahwinkan dengan Linda. Zahlia terkejut dengan permintaan Tengku Syahran. Tengku Syahran tidak dikenali dan tidak mungkin Zahlia boleh jatuh dengan pemuda itu.
Zahlia serba salah untuk menerima lamaran itu. Pelbagai cara dilakukan oleh Tengku Syahran untuk memenagi hati Zahlia. Akhirnya Zahlia kau tetapi dengan syarat, iaitu hak – hak peribadi Zahlia tidak akan diganggu.
Setelah diijabkabul, Tengku Syahran mula berubah. Egonya terlalu tinggi dan dia tidak mengikut perjajian yang telah ditetapkan. Zahlia rasa tertipu. Tengku Syahran telah mengingkari. Kini timbul pelbagi konflik dalam rumah tangganya. Benarkah hakikat bahawa perkahwinan yang berdasarkan kontrak tidak dapat mengundang rasa cinta, kasih, sayang dan kerinduan?



Semuanya bakal menemui para penonton pada setiap hari Selasa, jam 9.00 malam bermula 3 Januari 2012 menerusi saluran 105. So apa lagi kawan - kawan.. Jom la tengok citer nie yer. apa- apa feedback komen la ok.. Sayang Korang.. Oh ya! kesemua nie diambil dari encik google!


Sampai disini sahaja coretan ku.. happy reading <3

Thursday, 15 December 2011

Sinopsis Drama Akasia "GEMERSIK KALBU"



Hello u alls.. lama kan aku tak hupdate.. dekat seminggu jugak la kan... Maaf la, sebab aku sekarang mengalami virus KEMALASAN untuk update,. bajet aku fames, ada orang nak baca jer.. hahaha..PERASAN! Aku sekarang nagh menunggu masuk keje baru je.. aka TEMPAT KEJE BARU. tempatnya masih dirahsiakan.. nanti aku buat entry k.. haha.. sayang korunk.. mmmuuxxsss..

Ok aku nak buat entry pasal cerita baru yang akn ditayangkan kat TV3 SLOT AKASIA menggantikan DRAMA TENTANG DHIA . Korang tengok tak citer TENTANG DHIA. best kan.. jahat owh mak dia.. Ku Salmi!! urghhh!! teremo lak aku!

PERHATIAN!! AKU BUAT DUA SINOPSIS K.. SATU IKOT BUKU, SATU LAGI SINOPSIS YANG DAH DIBACA DAN DIRINGKAS KAN.

SINOPSIS GEMERSIK KALBU 1 (mengikut sinopsis buku)

Raihana… pertama kali kutatap wajahmu, ada getar yang menusuk di kalbu. Saat itu, hanya suaramu yang bisa melunakkan mimpiku. Meskipun tawamu nampak bahagia, mengapa bening mata itu bersalut duka? Andainya kau pernah terluka, izinkan aku mengubatinya. Namun, jawapanmu sering menyongsang makna. Tinggal harapanku tergapai-gapai, kau biarkan begitu sahaja .

Puas kukikis namamu. Lelah jasadku dek tipu helahmu. Berkali-kali kuulang; aku lelaki yang tak tahu malu. Sayangnya… bayangmu jua yang hadir mengocak tenangku. Belajarlah menerima hakikat, aku adalah kenyataan dan dia adalah kenangan! Sekali lagi kutunggu lafaz cintamu kerana aku bukan lelaki yang tewas!
Sufian… cinta bukan paksaan. Cinta juga bukan simpati. Ikrar kasih kami dulu ibarat tugu di hati ini. Janji setia itu tak mungkin diingkari hanya kerana kamu. Mengertilah… semuanya bukan kemahuan fikiran. Impian dan ingatan terhadapnya sukar diusir pergi. Biarpun bayang duka merantai hidup ini, tapi aku tetap rela.
Bukankah sudah berkali-kali kubilang, belajarlah jadi lelaki yang waras. Sekelumitpun tiada namamu di ruang hati ini. Tapi godaanmu mengekoriku walau di mana. Kau terus memburu, sedangkan dalam mimpi pun aku tak inginkan wajahmu. Biar didera ataupun dipaksa, namun hatiku tidak serapuh salju!
Akhirnya, Raihana begini dan Sufian begitu. Di manakah titik pertemuan mereka?
Pelakon Drama Bersiri Gemersik Kalbu terdiri dari Ayu Raudah , Aqasha , Neelofa , Faradhiya dan diarahkan oleh Feroz Kader.

SINOPSIS GEMERSIK KALBU 2 (mengikut sendiri dan diringkaskan)

Kisah Cikgu Raihana yang bercinta dan bertunang dengan Wan Ariffin. Wan mati lemas kerana menyelamatkan seorang budak. Cikgu Raihana pulak kehilangan seseorang yang sangat rapat dengannya, dia bergantung kasih dengan Wan Ariffin selama ini, dan keluarga Wan sangat baik dan menganggap Raihana macam anak kandung mereka.
Raihana tidak rapat sangat dengan ibu kandungnya sendiri, malah hubungan dia dan ibunya sangat kekok.Raihana melanjutkan pelajaran secara sambilan dengan rakan baiknya Kak Shikin, mereka menumpang tinggal di rumah Aunty Zarina, di situlah dia kenal pula dengan Sufian.

Awal perkenalan, Raihana tidak berapa suka dengan penampilan dan tingkah laku Sufian. Tetapi Sufian sudah jatuh hati pada Raihana. Raihana masih lagi tak dapat melupakan cinta pertamanya iaitu Wan Arifin. Raihana yang tak suka kepada Sufian bertekad nak pindah rumah kerana benci kepada Sufian. Sufian mula memasang perangkap supaya Raihana dapat dikahwininya.
Akhirnya Raihana dan Sufian berkahwinlah juga..sepanjang menjadi isteri kepada Sufian, dia melihat kebaikan dan keikhlasan Sufian sebagai suaminya. Mungkin timbul rasa kasih sayang kepada Sufian dan Raihana terpaksa jugak menjaga Sufian di hospital ketika Sufian sakit.
Setelah Sufian sihat, Raihana kena pula jaga ibu kandungnya yang jatuh sakit pulak walaupun ibunya melayan dia dengan kasar. Raihana cuba merapatkan hubungan renggang selama ini dengan ibunya.
Sufian sedar Raihana masih lagi teringatkan cinta pertamanya, mampukah Sufian mengalihkan kembali cinta Raihana kepadanya, Sufian cuba menduga cinta dan kasih sayang Raihana.
MASIH ADAKAH CINTA BUATKU-TAGLINE

Nota tangan:
☞ Korang semua jagan lepaskan peluang k tengok citer nie kat TV3
☞ Tapi aku rasa citer nie x leh calen NORA ELENA.. Betol ker? sebab x der hero pujaan malaya AARON AZIZ.
☞ MAYBE CITER NIE START 3 DISEMBER KOT..
kredit gambar pak google dan bloger2 yer.. mekacih

Sampai disini sahaja coretan ku.. happy reading <3




_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

Monday, 5 December 2011

Review .:: FILEM OMBAK RINDU ::.

Assalamualaikum..jawab dulu salam aku tu yer.. heee.. ;)


Gambar tiada kena mengena ngan tajuk.
Hai korang!!!!! Apa khabar?? Baik ke x?? Sihat x?? Apa korang buat hujung minggu lepas yeh? Mesti sumer pegi layan FILEM OMBAK RINDU kan. Sekarang nie deman Ombak Rindu melanda wei.. Timeline Facebook aku ngan Twitter aku penuh dengan percakapan #OMBAKRINDU.Eh!!! Dengar citer sekarang nie Filem Ombak Rindu dah MELETOP! DAH JADI fIlem NO1 mengalah kan Twilight! yeah! tu yang aku suka.. Maju kan la Filem Malaysia..!!

Erm.. Sape dah tengok citer nie lebih dari sekali! angkat tangan cepat!(mana aku nak nampak!) Secara sahnya Malaysia kini dilanda Demam Ombak Rindu. Suara orang ramai berkata filem nie sememangnya Filem yang dinantikandan pawagam sentiasa penuh sehingga ke hari ini. Nasib baik la aku dah book tiket awal2 kan.. klo tidak.. memang tak dapat la aku layan citer nie kan. ye dakkkk!! (*_*)


Pada pendapat aku la citer nie BEST sgt100xx! Watak Izzah dan Haris sangat menjadi dalam citer nie sebagai Suami dan Isteri,walaupon aku dengar ada orang cakap yang Maya karin bawak watak nie x menjadi.

Pada pendapat aku la kan, cerita nie sesuai ditengok oleh orang DEWASA sebab citer nie  ada adegen ranjang (yg x patot ada)  antara izzah dan haris. Aku tengok citer nie ngan adik aku, aku lak jadi segan ngan dorang bila ada watak tu. hahaha!! one more thing, watak mila lakonan LISA best kan.. sangat menjadi.. aku suka! haha.. lawak pon ada!


Ok la..!! STOP STOP and STOP!!! citer pasal diri aku lak! hari tu aku g sana bersama adik - adiku yang tersayang dan incik pemanis hati. Tiket wayang pukul 11.20 pagi ok. Pagi pagi aku dah bersiap. (punya la semangat minah nie!) . Sampai - sampai teros g  kat kaunter tebos tiket. Then beli tiket tok abg aku.. Dia nak g tengok ngan awek dia la tuh.. huh! ~


Masa tengah tunggu wayang open!
Lepas abis tengok wayang tu jalan - jalan kejap dalam Wangsa Walk tu, then Adib ajak g KL FESTIVEL CITY lak. yeaay!! bestnya.. sayang awk! (ops! terlebey sudah). Sampai sane perot pon dah berbunyi mintak diisi, dan we all decide makan dekat THE CHICKEN RICE SHOP( bukan sekadar nasi ayam). sila baca dengan bernyanyi yer.




Dua ekor budak ngada2!
Lepas makan tu, pe lagi jalan - jalan la.. Then si adib nie nak beli baju lak. kat kedai apatah dia masuk.. Mak oi!! pilih baju mengalahkan perempuan! hahah(sory adib, terkutuk plak!)(T_T) Pilih baju nie, pastu jumpa baju baru belek2 lagi.. dekat sejam jugak la dalam tu.. Last - last aku dah penat ajak balik. Then dia kata nak belanja TUTTI FRUTY. sebenarnya nak amik hati la tu! hahha..
budak budak yang suka bergambar
Nie budak - budak tu punyer
ee.. adib buat muka kiut lak..!
Nie aku ngan adib punyer. sharing is caring!



eh! ada satu dialog yang suka dalam citer ombak rindu nie!

 "Cinta tak kejam, cuma manusia yang tak pandai menghargai cinta"
Izzah

"Abg rindu sayang sangat sangat"
Haris

"U know why? Becouse i love you! "
Mila

"Redha itu ikhlas, pasrah itu menyerah"
Izzah


Kesimpulannya:   
☞ Citer ombak rindu ini sangat best! aku x sabar nak tunggu keluar kat Astro FIRST!
☞Perbelanjaan satu hari ini ditanggung oleh ADIB (tenkiu syg!) 
☞ Aku dah benti kejer tau.. So gak susah untuk hapdate blog! HARAP MAKLUM.. 
☞Sape ada keje kosong. bantulah aku! hua!!
☞ok bye! aku tinggal kan korang ngn gambar x seberapa ini.




bye! Senyum kat korang
Sampai disini sahaja coretan ku.. happy reading <3

Wednesday, 30 November 2011

Tiket Ombak Rindu


Assalamualaikum..jawab dulu salam aku tu yer.. heee.. ;)

Eh...!! semalam aku dah ceritakan kat korang tentang ke "eksaited" aku nak tengok cerita OMBAK RINDU. Kalau nak tegok gambar para pelakon KLIK SINI ok kawan2..

Sebenarnya saje nak citer yang aku dah beli TIKET WAYANG OMBAK RINDU. haha.. Saje nak buat korang jeles..(macam la korang jeles ngan aku.. ye dak..) ok.. Sunggu perasan dirimu ini anis. hahha...

Aku beli TIKET nie online je sebab tak de masa nak g sana beratur panjang - panjang. Sekarang kan zamn teknologi.. Hey come on la.. Wat pe buang masa kat sana.. haha.. kan aku dah membebel nie.. 

Sila klik untuk paparan lebih jelas

Sila klik untuk paparan lebih jelas
Yes, yes and Yes..!! Aku dah boleh tengok citer nie.. Tak sabar rasanya.. Aku book 4 tiket. Biasa lah.. G dated bawak adik- adik.. baik kan aku.. haha.. ELAK MAKSIAT.


Ok now boleh layan citer nie!


☞Korang plak dah beli tiket ke belom?? Sebab aku dengar panggung semuanya FULL.. 
☞Oh!! sungguh x sabar rasanya..
☞Oh!! Kalau nak baca sinopsis TEKAN SINI.
☞Nanti lepas tengok citer nie aku buat review plak ok.. hehe


Sampai disini sahaja coretan ku.. happy reading <3

Tuesday, 29 November 2011

Tak Sabarnya Tunggu OMBAK RINDU


Assalamualaikum..jawab dulu salam aku tu yer.. heee.. ;)
Seperti tajuk diatas.. Aku pasti ramai yang teruja menanti FILEM OMBAK RINDU keluar kan.. Aku jugak tak ketinggalan.. Aku rasa tak sabar wei.. siap mengingatkan Incik Pemanis Hati lagi. supaya kosongkn jadual hari sabtu nie.. Nak nengok citer nie.. Wajib oo..


Dulu aku baca novel nie masa zaman sekolah - sekolah dulu.. Zaman pinjam meminjam.. Almaklum lah.. student.. nak beli tak mampu kan.. hehe.. Ok.. aku nak bg Sinopsis dan gambar para pelakonnya sekali k..

Filem Ombak Rindu hasil karya novelis Fauziah Ashaari, Izzah, gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha cukup tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bala dalam keluarga mereka.

Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak ayah saudaranya walaupun hatinya meronta.

Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz sanggup 'membeli' Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu.

Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.

Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, model dan pelakon terkenal akhirnya menggugat kebahagiaan Izzah dan Hariz. Apakah mereka bermadu?

Filem arahan Osman Ali ini menampilkan pelakon kacak Aaron Aziz sebagai Hariz manakala, Lisa Surihani (Mila). Turut berlakon Maya Karin dan Umie Aida.


          





☞ Korang dah booked tiket ke tok citer nie.. 
☞Aku dengar macam tiket da abis dah.
☞ tak sabar nak tengok citer nie.. 
☞Korang lak macam mana.
☞Kredit gambar beautifulnara

Nah aku sajikan gambar aaron sbg hariz..

Sampai disini sahaja coretan ku.. happy reading <3

Thursday, 17 November 2011

Novel Aku Yang Kau Tinggalkan - Alina Haizar


Assalamualaikum.. tak jawab dose. kalau jawab comeynye awak... :)


AKU YANG KAU TINGGALKAN 
HARGA ASAL : RM25.00

HARGA JUAL : RM22.00

(weh korang, kalau beli kat KAKI NOVEL murah ooo)


Nampak tak tajuk diatas. Selama 2 minggu nie buku nie la aku dok baca. Aku suka baca buku lambat-lambat, sebab takot habis cepat. Aku baca novel nie bila aku nak g keje, kat opis or diwaktu aku kebosanan di opis. So tajuk yang aku nak REVIEW ari nie adalah bertajuk  AKU YANG KAU TINGGALKAN.


Novel ini menampilkan NIA ATHIRAH dan ZARIL IKHWAN sebagai watak utama untuk mewarnai perjalan cerita ini.  Family Nia adalah dari golongan sederhana shj dan Nia pula baru habis study. Kehidupan mereka sekeluarga menjadi semakin miskin apabila ayah Nia berkahwin lagi, sehingga sanggup menjualkan tanah yg merupakan rumah yang mereka duduki sekarang. Mak Nia menjadi semakin tertekan dan ada seorang makcik mencadangkan supaya mak Nia menjodohkan salah satu anak perempuannya untuk di kahwinkan  dengan cucunya yang sedang sakit akibat kemalangan dan mereka dari golongan kaya.

Yang sepatutnya berkahwin dengan  Zaril Ikhwan adalah adik perempuan Nia, tetapi adiknya tidak sanggup dan mempunyai kekasih hati yang lain melarikan diri tidak mahu berkahwin dengan Zaril. Akhirnya Nia terpaksa membuat keputusan untuk menyelamatkan maruah  keluarga dan hutang tanah terpaksa mengantikan adiknya. Nia memerlukan wang bagi membantu keluarganya, Zaril pula memerlukan seseorang untuk menjaga dirinya yang sakit.

Kemudian setelah mereka berkahwin tanpa disedari Nia jatuh cinta kepada suaminya sendiri secara perlahan-lahan. Tetapi sebaik sahaja Zaril sembuh dari penyakitnya Nia disingkirkan oleh sebab salah sangka dan pengaruh mak Zaril yang selama ini tidak menyukai Nia yang menjadi menantunya secara tiba-tiba.


Setelah itu Nia membawah hati dan menggalkan Zaril dengan membawa diri ke Turi, Itali dan menjalani kehidupan di negara asing secara sendirian bertahun lamanya.


Kalau ada jodoh x kemanakan kan. Takdir menemukan mereka berdua secara tak sengaja di bumi Turin. Pertemuan mereka ini menimbulkan kembali perasan sayang, dendam, benci, sayang, cinta dan sebagainya yang selama ini terbuku di hati dan minda masing- masing yang ego. 


Sebenarnya masih ada RAHSIA yang perlu ZARIL IKHWAN perlu tahu mengenai Nia. Apakah rahsia itu, ha...! Kalau nak tahu korang kena cari and baca la novel ini sampai habis.
     

☞Pada pendapat aku jalan cerita novel nie menarik la.. Membuatkan kita terpikir-pikir apa akan terjadi kat dorang. 
☞ Ada perasaan dendam, benci, sayang, marah, perasaan kena tinggal, dan pengalaman duduk di tempat orang.
☞Watak Nia dan Zaril tu terasa hidup dan membuatkan aku menjadi macam orang giler baca buku nie sbb senyum sorang- sorang.. hahahaha(*_*)

Sampai disini sahaja coretan ku.. happy reading <3

Tuesday, 1 November 2011

.:: Novel Kau Laksana Bulan - Aina Emir ::.



Assalamualaikum.. tak jawab dose. kalau jawab comeynye awak... :)


Hari ini aku nak bercerita sedikit tentang novel yang aku baru khatam kan semalam.. Setelah seminggu aku asyik dok baca jer buku nie, akhirnya aku berjaya menghabiskan buku nie walaupon ada part-part buku nie yang aku skip- skip kan jugak.Bukan apa kadang aku rasa part yang aku baca bosan tu aku skip je la.. Kadang - kadang perasaan ingin tau citer seterusnya menjadi salah satu faktor gak keSKIP kn aku.. hehe...:)
Ok now aku nak menceritakan tentang novel ini secara kesimpulannya..




Novel nie mempunyai banyak wataknya dikeluarkan.. watak utamanya ADRIANA digambarkan oleh penulis sebagai seorang wanita yang berpendidikan tinggi, sopan santun lemah lembut tetapi berpendirian tegas. Walaubagaimanapon dia tetap kalah dengan LELAKI yang romantis. Baginya lelaki romantis adalah sangat sesuai dengan jiwanya sebagai penulis buku novel.


Novelnya lebih kepada "Thriller Novel" . Bagi aku novel nie ok la sebab kita bagaikan membaca novel didalam novel dan novel (eh.. betol ke aku merepek nie) hehe.. Watak lelaki dalam novel nie boleh tahan banyak jugak la.. Meh aku memperkenalkan kat korunk.. Watak pertama SYAFIK , kekasih lamanya semasa di alam persekolahan, bercinta sakan kemudian apabila meningkat dewasa dan mebawa haluan diri untuk menyambung pelajaran, SYAFIK bagaikan menjauhkan diri dari ANNA (nama singkatan ADRIANA). Setelah beberapa tahun SYAFIK mula merebut cinta ANNA kembali.


Kemudian ANNA menjumpa cinta yang baru di alam maya iaitu lelaki bernama RAZIF. Hidupnya bagai ada sinar dan angan-angan mula tercipta apabila dia bercinta dengan RAZIF. Tetapi itu semua hanya lah seketika juga apabila tiba-tiba dia mendapat khabar bahawa RAZIF meninggal dunia. Hidupnya mula musnah dan dia menjadi takot untuk bercinta lagi..


Tanpda diduga, pertemuanya dengan FIRAS ALI secara memalukan menjadikan hubungan mereka makin lama makin menjadi. Dalam diam rupanya ANNA mencintai FIRAS. Namun begitu mesej-mesej romantis dan cinta EIZLAN dari email ANNA membuatkan anna jadi tidak keruan.


*Apakah jadi pada ADRIANA.. Siapakah yang akan menjadi pilihan ANNA antara SYAFIK,FIRAS ALI, RAZIF dan EIZLAN. Kalau nak tau korunk kena la baca yer.. hehe...
hehe.. nie aku nak membuktyikan yang aku ada buku nie., haha

*tadi aku search internet tau tentang citer nie.. sekali keluar yang kat YouTube citer nie secara drama.. wow! bestnya... terkejot aku.. pe lagi.. layan citer nie kat opis la.. best oo..
**Hope korang pon baca la buku nie...hehe.. buku nie pon aku pinjam kat kawan aku..hehe



"Aku tidak melihat cintamu dengan sepasang mataku,
   Aku melihatnya dengan mata hatiku "
     



Sampai disini sahaja coretan ku.. happy reading <3