Thursday 17 November 2011

Novel Aku Yang Kau Tinggalkan - Alina Haizar


Assalamualaikum.. tak jawab dose. kalau jawab comeynye awak... :)


AKU YANG KAU TINGGALKAN 
HARGA ASAL : RM25.00

HARGA JUAL : RM22.00

(weh korang, kalau beli kat KAKI NOVEL murah ooo)


Nampak tak tajuk diatas. Selama 2 minggu nie buku nie la aku dok baca. Aku suka baca buku lambat-lambat, sebab takot habis cepat. Aku baca novel nie bila aku nak g keje, kat opis or diwaktu aku kebosanan di opis. So tajuk yang aku nak REVIEW ari nie adalah bertajuk  AKU YANG KAU TINGGALKAN.


Novel ini menampilkan NIA ATHIRAH dan ZARIL IKHWAN sebagai watak utama untuk mewarnai perjalan cerita ini.  Family Nia adalah dari golongan sederhana shj dan Nia pula baru habis study. Kehidupan mereka sekeluarga menjadi semakin miskin apabila ayah Nia berkahwin lagi, sehingga sanggup menjualkan tanah yg merupakan rumah yang mereka duduki sekarang. Mak Nia menjadi semakin tertekan dan ada seorang makcik mencadangkan supaya mak Nia menjodohkan salah satu anak perempuannya untuk di kahwinkan  dengan cucunya yang sedang sakit akibat kemalangan dan mereka dari golongan kaya.

Yang sepatutnya berkahwin dengan  Zaril Ikhwan adalah adik perempuan Nia, tetapi adiknya tidak sanggup dan mempunyai kekasih hati yang lain melarikan diri tidak mahu berkahwin dengan Zaril. Akhirnya Nia terpaksa membuat keputusan untuk menyelamatkan maruah  keluarga dan hutang tanah terpaksa mengantikan adiknya. Nia memerlukan wang bagi membantu keluarganya, Zaril pula memerlukan seseorang untuk menjaga dirinya yang sakit.

Kemudian setelah mereka berkahwin tanpa disedari Nia jatuh cinta kepada suaminya sendiri secara perlahan-lahan. Tetapi sebaik sahaja Zaril sembuh dari penyakitnya Nia disingkirkan oleh sebab salah sangka dan pengaruh mak Zaril yang selama ini tidak menyukai Nia yang menjadi menantunya secara tiba-tiba.


Setelah itu Nia membawah hati dan menggalkan Zaril dengan membawa diri ke Turi, Itali dan menjalani kehidupan di negara asing secara sendirian bertahun lamanya.


Kalau ada jodoh x kemanakan kan. Takdir menemukan mereka berdua secara tak sengaja di bumi Turin. Pertemuan mereka ini menimbulkan kembali perasan sayang, dendam, benci, sayang, cinta dan sebagainya yang selama ini terbuku di hati dan minda masing- masing yang ego. 


Sebenarnya masih ada RAHSIA yang perlu ZARIL IKHWAN perlu tahu mengenai Nia. Apakah rahsia itu, ha...! Kalau nak tahu korang kena cari and baca la novel ini sampai habis.
     

☞Pada pendapat aku jalan cerita novel nie menarik la.. Membuatkan kita terpikir-pikir apa akan terjadi kat dorang. 
☞ Ada perasaan dendam, benci, sayang, marah, perasaan kena tinggal, dan pengalaman duduk di tempat orang.
☞Watak Nia dan Zaril tu terasa hidup dan membuatkan aku menjadi macam orang giler baca buku nie sbb senyum sorang- sorang.. hahahaha(*_*)

Sampai disini sahaja coretan ku.. happy reading <3

5 orang bertuah nak mengomen:

Hani Syahani said...

oh, rajinnye bace novel, kalo akak mang 2 3 helai lepastu sodokollohulazim..:)
takpun tgk belakang sinopsis je,
takpun soh org ringkaskan...heheh

Anonymous said...

weh, aku jeles ni. aku dah tak free sangat nak baca novel cam dulu2. Haih, kena tunggu cuti baru dapat feeling lebih nak baca novel :)

niaakifays said...

nia athirah=nie akifays?hahaha

mummyrinazone beauty said...

lama dah tak baca novel.dulu zaman belajar adalah certain novel yang ku layan=)

mommypapaboutique said...

ada lagi tak novel ni? watapps sy 0135321656. seyes buyer