Tuesday 8 November 2011

Sinopsis Drama Aksia Dhia


Semalam sape tengok certa drama #SOFFIYA .. Sape vote kat tv3 nak ending dia ngan KAMAL or ILYAS.Bagi aku, aku nak ngn ILYAS sebab aku ingat KAMAL akan mati n mereka akan hidup bahagia.. Tapi malangnya sangkaan aku tu salah.. sedeh and malunya .. hahaha :)Sebenarnya pilihan SOFFIYA adalah KAMAL.

SAYA PERCAYA TAKDIR ALLAH ITU INDAH - SOFFIYA



SINOPSIS TENTANG DHIA

     


Ok fine.. Hari nie citer baru yang akan menggantikan SOFFIYA ialah Dhia. So aku pon nak bagi Sinopsis Drama Aksia Dhia di tv3, mulai 9 November, 2011.  Drama Tentang Dhia, 28 episod arahan Feroz Khan ini menggandingkan beberapa orang pelakon hebat.




Cinta dan simpati tiada ukurannya bagi Dhia yang berdiri antara dua lelaki yang sangat dikasihinya. Raffi dan Azmi dua lelaki berbeza daripada dua latar belakang. Percintaan tiga segi ini turut menjadi mimpi ngeri apabila ia dicemburui Melly yang berasakan dirinya lebih sesuai.
Azmi sebagai kerani biasa adalah anak seorang imam di kampung disukai ramai kerana sifat rendah diri dan pandai mengambil hati. Hati Dhia sudah lama terpaut pada Azmi, walaupun Raffi jejaka daripada keluarga berada mempunyai kelulusan dari universiti luar negara juga adalah teman rapat Dhia sejak kecil lagi.
Dhia memilih Azmi sebagai tunangannya, manakala Raffi yang ikhlas menyintai Dhia redha dengan keputusan tersebut. Melly mengambil kesempatan untuk mendekati Raffi dengan memerangkapnya ketika sedang mabuk.Akhirnya Melly mendapati dirinya mengandung, tetapi Raffi tidak mengendahkannya. Merasa tertekan dan terdesak, Melly mengenakan Azmi pula.

Azmi dan Melly ditangkap basah penduduk kampung. Namun Dhia memaafkan Azmi dan majlis pertunangan tetap berlangsung seperti yang dirancang. Ketika majlis berlangsung keluarga Melly meminta Azmi bertanggungjawab sehingga Melly mengandung. Azmi dan Melly disatukan tanpa kerelaan Dhia. 


Hidup Dhia didatangi Zikir seorang arkitek daripada sebuah firma di Kuala Lumpur. Zikir sangat meminati Rose pekerja di firma tersebut. Zikir dan kawan baiknya Fendi mengalami kemalangan jalanraya yang mengakibatkan Fendi meninggal dunia. Ketika majllis pengebumian Fendi, Zikir terlihat Dhia dan terpesona dengan keayuan Dhia.  

erm.. aku rasa macam best je citer nie.. Mari kita tengok samaada citer nie mampu menandingi citer SOFFIYA ke tidak..

✮✮P/S :To Ain Syafika : aku tahu ko mesti baca blog aku an.. hehe.. ko boley layan ke citer nie kat U ko.. hahaha..x pe2.. aku tengokkn tok ko yer.. hahaha

✮✮✮Korang lak macm mana ? Layan tak citer petang-petang kat tv. Ke korang semua sibuk blaja@keje@jenjalan or apa-apa sahaja. Share la sikit.. ngeee...




Sampai disini sahaja coretan ku.. happy reading 

8 orang bertuah nak mengomen:

Alia Syaza :) said...

aish cinta tiga segi? ni yang kena tengok ni!

Ain Syafika said...

haha..siap ade p/s tuk Ain Syafika lgi ye...hehe...Ain syafika dah tau dh cite nie bce sinopsis kau nie...hehe..tp sape azmi?sape raffi?sape zikir??adi putra yg mane?huhu

BENA said...

kite pun tak sangka sebab sofi pilih kamal . Hadoiiiiiiiiii ! tapi kite suke ilyassss . heee ;) cerita baru dhia tak sempat layan pulop. heee~

*!Life Cik AniS1190 *! said...

alia: ko harus mmg kena tgk pon.. hehe

ain : kan.. aku mmg saje menttion nama ko.. kasi pemes sikit.. hahaha.. lupa lak nk kenalkn mana satu artisnya.. ko kat sane ley tgk tv ker??

bena: kan.. x best sofi x pilih ilyas.. sedey! SOB2.. HEHE

Ain Syafika said...

haha...ha'a lh..aq ne tgok tv..ad je tv kt bilik tv tue..tp malas,ne smpt..ko nie mcm xbiase duk asrama plak kan..buat2 lupe plak..huhu

AYU JOE said...

cerita ni baru beberapa episod pun dah best dah :D

aksarafendi said...

msti cite dhia ni byk pusing2 kan utk pnjangkan episod..tp bgus gak la..bgga sbb produser msia byk kuarkan drama & dpt lah brtnding dgn sinetron indo yg ntah apa2 ntah tu

*!Life Cik AniS1190 *! said...

hehe.. citer melayu awk.. pusing2 mcm tu gak jaln citer nya.. ye dak.. ;) heheh2.. apa2 pon kita kena sokong jgk!