Showing posts with label Ombak Rindu. Show all posts
Showing posts with label Ombak Rindu. Show all posts

Monday, 5 December 2011

Review .:: FILEM OMBAK RINDU ::.

Assalamualaikum..jawab dulu salam aku tu yer.. heee.. ;)


Gambar tiada kena mengena ngan tajuk.
Hai korang!!!!! Apa khabar?? Baik ke x?? Sihat x?? Apa korang buat hujung minggu lepas yeh? Mesti sumer pegi layan FILEM OMBAK RINDU kan. Sekarang nie deman Ombak Rindu melanda wei.. Timeline Facebook aku ngan Twitter aku penuh dengan percakapan #OMBAKRINDU.Eh!!! Dengar citer sekarang nie Filem Ombak Rindu dah MELETOP! DAH JADI fIlem NO1 mengalah kan Twilight! yeah! tu yang aku suka.. Maju kan la Filem Malaysia..!!

Erm.. Sape dah tengok citer nie lebih dari sekali! angkat tangan cepat!(mana aku nak nampak!) Secara sahnya Malaysia kini dilanda Demam Ombak Rindu. Suara orang ramai berkata filem nie sememangnya Filem yang dinantikandan pawagam sentiasa penuh sehingga ke hari ini. Nasib baik la aku dah book tiket awal2 kan.. klo tidak.. memang tak dapat la aku layan citer nie kan. ye dakkkk!! (*_*)


Pada pendapat aku la citer nie BEST sgt100xx! Watak Izzah dan Haris sangat menjadi dalam citer nie sebagai Suami dan Isteri,walaupon aku dengar ada orang cakap yang Maya karin bawak watak nie x menjadi.

Pada pendapat aku la kan, cerita nie sesuai ditengok oleh orang DEWASA sebab citer nie  ada adegen ranjang (yg x patot ada)  antara izzah dan haris. Aku tengok citer nie ngan adik aku, aku lak jadi segan ngan dorang bila ada watak tu. hahaha!! one more thing, watak mila lakonan LISA best kan.. sangat menjadi.. aku suka! haha.. lawak pon ada!


Ok la..!! STOP STOP and STOP!!! citer pasal diri aku lak! hari tu aku g sana bersama adik - adiku yang tersayang dan incik pemanis hati. Tiket wayang pukul 11.20 pagi ok. Pagi pagi aku dah bersiap. (punya la semangat minah nie!) . Sampai - sampai teros g  kat kaunter tebos tiket. Then beli tiket tok abg aku.. Dia nak g tengok ngan awek dia la tuh.. huh! ~


Masa tengah tunggu wayang open!
Lepas abis tengok wayang tu jalan - jalan kejap dalam Wangsa Walk tu, then Adib ajak g KL FESTIVEL CITY lak. yeaay!! bestnya.. sayang awk! (ops! terlebey sudah). Sampai sane perot pon dah berbunyi mintak diisi, dan we all decide makan dekat THE CHICKEN RICE SHOP( bukan sekadar nasi ayam). sila baca dengan bernyanyi yer.




Dua ekor budak ngada2!
Lepas makan tu, pe lagi jalan - jalan la.. Then si adib nie nak beli baju lak. kat kedai apatah dia masuk.. Mak oi!! pilih baju mengalahkan perempuan! hahah(sory adib, terkutuk plak!)(T_T) Pilih baju nie, pastu jumpa baju baru belek2 lagi.. dekat sejam jugak la dalam tu.. Last - last aku dah penat ajak balik. Then dia kata nak belanja TUTTI FRUTY. sebenarnya nak amik hati la tu! hahha..
budak budak yang suka bergambar
Nie budak - budak tu punyer
ee.. adib buat muka kiut lak..!
Nie aku ngan adib punyer. sharing is caring!



eh! ada satu dialog yang suka dalam citer ombak rindu nie!

 "Cinta tak kejam, cuma manusia yang tak pandai menghargai cinta"
Izzah

"Abg rindu sayang sangat sangat"
Haris

"U know why? Becouse i love you! "
Mila

"Redha itu ikhlas, pasrah itu menyerah"
Izzah


Kesimpulannya:   
☞ Citer ombak rindu ini sangat best! aku x sabar nak tunggu keluar kat Astro FIRST!
☞Perbelanjaan satu hari ini ditanggung oleh ADIB (tenkiu syg!) 
☞ Aku dah benti kejer tau.. So gak susah untuk hapdate blog! HARAP MAKLUM.. 
☞Sape ada keje kosong. bantulah aku! hua!!
☞ok bye! aku tinggal kan korang ngn gambar x seberapa ini.




bye! Senyum kat korang
Sampai disini sahaja coretan ku.. happy reading <3

Wednesday, 30 November 2011

Tiket Ombak Rindu


Assalamualaikum..jawab dulu salam aku tu yer.. heee.. ;)

Eh...!! semalam aku dah ceritakan kat korang tentang ke "eksaited" aku nak tengok cerita OMBAK RINDU. Kalau nak tegok gambar para pelakon KLIK SINI ok kawan2..

Sebenarnya saje nak citer yang aku dah beli TIKET WAYANG OMBAK RINDU. haha.. Saje nak buat korang jeles..(macam la korang jeles ngan aku.. ye dak..) ok.. Sunggu perasan dirimu ini anis. hahha...

Aku beli TIKET nie online je sebab tak de masa nak g sana beratur panjang - panjang. Sekarang kan zamn teknologi.. Hey come on la.. Wat pe buang masa kat sana.. haha.. kan aku dah membebel nie.. 

Sila klik untuk paparan lebih jelas

Sila klik untuk paparan lebih jelas
Yes, yes and Yes..!! Aku dah boleh tengok citer nie.. Tak sabar rasanya.. Aku book 4 tiket. Biasa lah.. G dated bawak adik- adik.. baik kan aku.. haha.. ELAK MAKSIAT.


Ok now boleh layan citer nie!


☞Korang plak dah beli tiket ke belom?? Sebab aku dengar panggung semuanya FULL.. 
☞Oh!! sungguh x sabar rasanya..
☞Oh!! Kalau nak baca sinopsis TEKAN SINI.
☞Nanti lepas tengok citer nie aku buat review plak ok.. hehe


Sampai disini sahaja coretan ku.. happy reading <3

Tuesday, 29 November 2011

Tak Sabarnya Tunggu OMBAK RINDU


Assalamualaikum..jawab dulu salam aku tu yer.. heee.. ;)
Seperti tajuk diatas.. Aku pasti ramai yang teruja menanti FILEM OMBAK RINDU keluar kan.. Aku jugak tak ketinggalan.. Aku rasa tak sabar wei.. siap mengingatkan Incik Pemanis Hati lagi. supaya kosongkn jadual hari sabtu nie.. Nak nengok citer nie.. Wajib oo..


Dulu aku baca novel nie masa zaman sekolah - sekolah dulu.. Zaman pinjam meminjam.. Almaklum lah.. student.. nak beli tak mampu kan.. hehe.. Ok.. aku nak bg Sinopsis dan gambar para pelakonnya sekali k..

Filem Ombak Rindu hasil karya novelis Fauziah Ashaari, Izzah, gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha cukup tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bala dalam keluarga mereka.

Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak ayah saudaranya walaupun hatinya meronta.

Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz sanggup 'membeli' Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu.

Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.

Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, model dan pelakon terkenal akhirnya menggugat kebahagiaan Izzah dan Hariz. Apakah mereka bermadu?

Filem arahan Osman Ali ini menampilkan pelakon kacak Aaron Aziz sebagai Hariz manakala, Lisa Surihani (Mila). Turut berlakon Maya Karin dan Umie Aida.


          





☞ Korang dah booked tiket ke tok citer nie.. 
☞Aku dengar macam tiket da abis dah.
☞ tak sabar nak tengok citer nie.. 
☞Korang lak macam mana.
☞Kredit gambar beautifulnara

Nah aku sajikan gambar aaron sbg hariz..

Sampai disini sahaja coretan ku.. happy reading <3