Saturday 31 December 2011

Sinopsis Drama Bicara Hati Astro PRIMA start on 3/1/2012


Assalamualaikum..jawab dulu salam aku tu yer.. heee.. ;)


Ok.. Macam biasa.. Kalau ada drama baru dekat Tv aku memang suka buat sinopsis pon.. Saje suka- suka. Dan semuanya aku ku cari keat encik GOOGLE.. mekasih yer encik google.. Ini semua untuk kemudahan aku dan untuk para pembaca sekalia.. macam la ada org baca kan?? ok nevermine!


So tajuk yang terpilih pada hari ini ialah drama Bicara Hati yang akan ditayangkan di Astro.  Drama komedi bersiri 26 episod ini diarahkan oleh Osman Ali, pengarah filem Ombak Rindu yang mendapat kutipan di tangga kedua BOX OFFICE dengan kutipan sebanyak 11.4 juta dengan filem Ombak Rindu. Bicara Hati membariskan pelakon-pelakon terhebat iaitu Cris Cempaka sebagai Zahlia, Sharnaaz Ahmad sebagai Tengku Shahran, Marsha Milan Londoh dan Mislina Mustafa.        

Senarai Pelakon Bicara Hati
Tengke Syahran – Sharnaaz Ahmad
Zahlia – Cristina Suzanne Stockstill (Kris Cempaka)
Razif -Josiah Hogan
Linda – Marsha Londoh
Fatimah – Abby Nazri
Adli – Lash Mokhtar
Tg Badariah – Azizah Mahzan
Bapak Tg Syah – Zaidi Omar
Raja Khalidah (mak Zahlia) – Zarina Zainuddin
Faizal – Dazrin
Tg Hakimie – Syahriman
Tg Murni (anak Kimie) – Aqish
Pn Azizah – Mislina


kiri: Tengku Zahlia                kanan: Tengku Syahran
SINOPSIS BICARA HATI


Dalam satu kemalangan kecil yang tidak disengajakan, Tengku Syahran dan Zahlia bertemu. Ketika itu, Tengku Syahran sedang buntu memikirkan cadangan emaknya ingin menjodohkan dia dengan Linda, seorang wanita yang tidak pernah dicintai.
Seminggu mengenali Zahlia, Tengku Syahran menyatakan hasratnya untuk memperisterikan Zahlia untuk mengelak dirinya dikahwinkan dengan Linda. Zahlia terkejut dengan permintaan Tengku Syahran. Tengku Syahran tidak dikenali dan tidak mungkin Zahlia boleh jatuh dengan pemuda itu.
Zahlia serba salah untuk menerima lamaran itu. Pelbagai cara dilakukan oleh Tengku Syahran untuk memenagi hati Zahlia. Akhirnya Zahlia kau tetapi dengan syarat, iaitu hak – hak peribadi Zahlia tidak akan diganggu.
Setelah diijabkabul, Tengku Syahran mula berubah. Egonya terlalu tinggi dan dia tidak mengikut perjajian yang telah ditetapkan. Zahlia rasa tertipu. Tengku Syahran telah mengingkari. Kini timbul pelbagi konflik dalam rumah tangganya. Benarkah hakikat bahawa perkahwinan yang berdasarkan kontrak tidak dapat mengundang rasa cinta, kasih, sayang dan kerinduan?



Semuanya bakal menemui para penonton pada setiap hari Selasa, jam 9.00 malam bermula 3 Januari 2012 menerusi saluran 105. So apa lagi kawan - kawan.. Jom la tengok citer nie yer. apa- apa feedback komen la ok.. Sayang Korang.. Oh ya! kesemua nie diambil dari encik google!


Sampai disini sahaja coretan ku.. happy reading <3

0 orang bertuah nak mengomen: