Showing posts with label kenduri kahwin. Show all posts
Showing posts with label kenduri kahwin. Show all posts

Wednesday, 23 November 2011

Part3 - Ada apa Dengan 13.11.11??



Assalamualaikum..jawab dulu salam aku tu yer.. heee.. ;)



Yeaaayyy!! akhirnya aku berkesempatan nak buat entry terakhir pasal PERKAHWINAN abang sedara ku..Ok pada siapa- siapa yang terlepas baca tu boleh klik sini untuk part1 dan part2. Ok yer kawan kawan.. aku janji nie last entry pasal kenduri nie.. mest korunk semua dah bosan kan.. asyik aku citer pasal kenduri kawin je... hahah.. Nak wat macam ne.. baca je la kan..#tdmk.. (n.n)

Majlis di sebelah pihak lelaki nie bermula dalam pukul 11 pagi.. pukul 9 lagi aku dah bangun-bangun dan bersiap ok mengalah kan pengantin lak kan.. tu nampak tak gambar diwah siap ada pin duit.. tu maknanya aku jadi orang kuat masa majlis nie berlangsung.


Majlis nie berlangsung kat Dewan Koperasi Polis Fasa II (ala depan sekolah SKTKP tu sebelah highway). Dalam pukul 1 macam tu memang da ramai orang datang la kan.. Nak - nak time penganting datang (for sure memang ramai orang la kan dari rombongan pihak perempuan) plus dengan tetamu-tetamu lain yang nak datang time nie gak.. Memang penuh la.. Macam rumah terbuka plak aku rasa.. haha.

Ok la.. mest korang dah bosan kan asyik membaca jer.. meh aku sajikan gambar - gambar sekitar majlis nie.. Sorry la.. gambar aku tak banyak sangat sebab aku bzy melayan tetamu.. Kesini kesana dengan menjaga dak kinah yang asyik menagis jer.... tak sempat nak bergambar.. Jom -jom...!! Jom tengokkk!!

Ha ha.. aku saje amik gambar yang paling burok.. soory T_T
Atas: Gambar adik beradik mak aku
Bawah: Gambar sedara- sedara belah lelaki




Gambar diatas adalah sekitar majlis berlangsong.. Macam - macam persembahan ada.. Masa pengantin datang ada bersilat la..  Masa pengantin makan ada budak - budak kecik dari kebudayaan menari lah.. Macam - macam la.. phening pale aku.. haha

Atas: Acu n syasya
Bawah: Aku, dak kinah n Alia
Budak2 Flower girl ngah bersedia

Abg n dak kinah



Budak - budak yang suka bergambar.. zaman aku dah lepas da.. 
Dua - dua adik aku Alia and Aimi.. 

Aku dah macam mak orang pon ada.. Adeh...
Kesimpulannya yang aku nak cakap pasal kenduri ini adalah :
☞ Baru aku tahu buat kenduri kawin nie susah.. Rancang berbulan2, tapi bila dah tiba masanya abis sekejap je kan..
☞ Masa majlis nie berlangsung memang sangat penat ok. Aku balik - balik umah je teros tdo
Incik Pemanis Hati sempat datang.. (So sweet)
☞Ehem - ehem.. pas nie turn sapa lak yang nak kahwin yer.. Aku????  Lambat lagi.. $ tahun lagi rasanya...

Last gambar.. Antara dua gambar dibawah.. mana satu Incik Pemanis Hati ??? A ke B???
Sape pandai jawab kasi gula- gula la.. ngeee.. da.. happy Tuesday u alls..
A
B
Sampai disini sahaja coretan ku.. happy reading <3

Sunday, 20 November 2011

Part2 - Ada apa Dengan 12.11.11??


Assalamualaikum



Hari nie u alls buat apa..??? Sihat dak?? Harap u alls happy selalu la yer.. ke u alls semangat BOLA malam nie.. ada yang sanggup amik cuti ker terbang ke INDONESIA.hahaha.. Ok hari nie aku nak sambung part kahwin abg man aku tu.. Kalau korang nak tengok  PART1 klik sini .


So here we go.. ADA APA DENGAN 12.11.2011.. Jadi bangun pagi-pagi tu aku dah semangat la kan nak g rumah pengantin perempuan dekat Keramat U5, Dekat ngan Giant Permata katanya.. Dalam pukul 11.00 pagi aku dah mula siap - siap (mengalahkan perantin). haha.. ada aku kesah.. So dalam pukul 12 tu siap la aku dan family.. berkumpul di rumah Pengantin Lelaki..


Nasib baik la masa hari Sabtu tu tak de la hujan sangat, sebab pagi sabtu tu tak silap aku hujan kan.. Sampai- sampai je sana dalam pukul 1.30. Ada ke patut bila pihak pengantin lelaki dah sampai, pihak TUAN RUMAH pengantin Perempuan belom sampai lagi.. Sepatutnya pihak perempuan la yang kena tunggu pihak lelaki sampai kan... Nie dah terbalik jadinya.. hahahah...

Menunggu Ketibaan pengantin PEREMPUAN.
Semua sedang menyibukan diri

Pengantin datang

Bila pengantin perempuan da sampai baru la tau MASALAHNYA..  Ada ke MAKE UP pengantin si perempuan tu datang lambat.Janji datang pukul 9, sekali datang pukul 11.. Mana tak kelam - kabut nak make up2 lagi, buat rambut lagi.. macam2.. Last - last korang tengok la hasilnya macam mana kan. Aku tak nak komen lebih x elok plak kan.. So korang nilai n judge la sendiri k..


Add caption

Lepas sampai and makan- makan sumer tu, sesi bergambar dan potong kek.. Selepas selesai semua tu rombongan pihak lelaki pon balik la rumah masing - masing dan sediakan diri untuk hari persandingan esok..


aku dengan kazen2 aku, acu pak teh n mak teh


budak alia nie mmg kena senyum selalu.. sbb blog dia ALIASENYUM


Tok wan sedang bg nasihat pe la tu kan

Kazen from Singapore


Eh muka aku harus la ada jugak kan..






(^^Jadi?? apa yang akan di pakai oleh perantin masa 13.11.2011. Nantikan.. dalam minggu nie jugak aku akan update..
(^^)Sebenarnye citer nie da basi la.. haha.. tapi sukahati aku la.. blog aku.. wekkkk!(*_*) hahaha..
(mood giler dah dtg)

Sekian.. Malam nie bola kan... Aku harap Malaysia menang.. marilah senyapkan PENYOKONG INDONESIA!! MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA!!

ok. Mcam biasa aku bagi korang tengok muke sorang budak yang pasan COMEL..(mmg pon.. kan kan.. angguk cepat!)

budak suka syok sendiri.


Sampai disini sahaja coretan ku.. happy reading <3

Wednesday, 16 November 2011

Part1 - Ada apa Dengan 11.11.11??


Assalamualaikum



Terlebih dahulu aku nak mintak maaf la sebab dah lama tak meng"update"kan blog kesayangan nie..Sebabnya aku terlalu bzy (sebenarnya menyibukkan diri.. haha) dengan kenduri kahwin abg sedara aku.. Cer tengok gambar diatas. Al-maklumlah untuk pengetahuan korang abang sedara aku nie adalah cucu pertama belah mak aku.. So agak meriah sikit la kenduri nie..

Aku rasa gambar- gambar terlalu banyak. So aku akan buat part1, part2 and part3 la. Ok tak sayang-sayang sume..?? heee... So untuk part1 aku nak masukkan gambar - gambar masa pernikahan je dulu..  Cuba korang teka hari apa yang abg sedara aku nie pilih.. Cer teka cer teka cepatttt!! haha



Ini adalah antara hantarannya.

nak tunjuk aku jadi "pemegang hantaran"
Sebenarnya nak tunjukkan "bulu mata palsu"
Syasya n her mom!
ha.. ok la.. betol la tekaan korang tu.. Tarikh Nikah Abg sedara aku atau lebih dikenali sebagai Abg Man adalah 11.11.11. Aku x tau la kenapa ramai sangat nak pilih tarikh yang macam nie.. Simbolik sangat kot.. Or maybe para perantin nie nak menjadikan tarikh tu satu kenangan tok diorang..

Pengantin senyum kambing!
Ok la aku nak menceritakan tentang perkara yang terjadi masa hari tu.. Semua bertolak dari umah mama pada pul 4.30.Time tu yang ampun.. memang hujan lebat sangat la.. x per.. Hujan Rahmat katakan hari jumaat plak tu kan.. Dalam Sepuluh keta gak la yang pergi tu.. Rumah pengantin perempuan dekat keramat dekat ngan GIANT permata tu. Sampai umah perempuan alhamdulillah hujandah semakin reda. 

Sampai - sampai je kitaorang dah disambut oleh pihak rumah perempuan.. Macam best je kan.. Dah la aku yang jadi "Tukang angkat hantaran".. Erm bila time nikah kan boleh plak MAS KAHWIN tertinggal kat umah.. cis.. hampeh betol.. Nasib baik ada orang yang tinggal kat umah suh dia hantakan.. kalau tidak tak kahwin la perantin kita.. yer dak..Mas kahwin Penting u alls.. Sebab tu wajib.. :)




Entah apa aku pot pet ngn kak nana!
Tok kadi skrg MODEN. Pakai IPAD ok..


Dengan sekali lafaz NORAZMAN dan Farah telah selamat diijabkabulkan.. Aku tengok senang je dia cakap... X der pon banyak kali kena buat..Tapi alhamdulillah la.. Semua berjalan dengan lancar.. Lepas abis semua tu.. Pengantin semua amik gambar.And ada jamuan makan-makan sikit.. Dan pas tu selesai la upacara PERNIKAHAN ANTARA NORAZAMN DAN FARAH.. 

Pengantin perempuan 

Abang Pengantin Perempuan.. *Hensem*

Kanan sekali adalah TOKWAN aku..







Entah apa kak cik n kak ain buat..



Gambar aku harus ada la kan.
Cousin-cousin ku.

Acara Pembatalan Air Sembahyang






*Kepada abg man! SELAMAT PENGANTIN BARU.. sEMOGA MENJADI SUAMI YANG MISALI YANG BOLEH MEMBIMBING ISTERINYA KE JALAN YANG DIREDHAI DAN BERSAMA SELAMANYA SAMPAI KE SYURGA..AMIN.. (cewah.. bestny.. bila la aku nak kawin kan...)

**Korang plak.. apa yang korang buat pada hari jumaat tu.. Tarikh cantik la katakan.. Mesti ada cerita yang menrarik..

***Sorry la kalau korang rasa entry aku nie bosan.. penuh dengan gambar je kan.. 

****Last sekali aku layan kan korang gambar aku yang tak seberapa.


Apa pandang2.. Jeling korang balik! meeooww!

Sampai disini sahaja coretan ku.. happy reading <3